Sei Ashina akhiri kehidupan dengan trag!s

KUALA LUMPUR: Aktres dari Jepun, Sei Ashina, 36, ditemui m4ti dipercayai bvnuh diri di apartmennya di Tokyo, Isnin lalu.

Mengikut portal Variety.com, m4yat pelakon drama bersiri, Kamen Rider Hibiki ditemui abangnya selepas panggilan telefon dan mesej tidak dijawab sejak hujung minggu lalu.

“Polis Tokyo dan agensinya mengesahkan Ashina m4ti dipercayai membvnuh diri.

“Motif tidak diketahui dan Ashina tidak meninggalkan nota.

“M4yatnya ditemui abangnya selepas Ashina tidak menjawab panggilan telefon sejak 13 September lalu,” lapor portal berkenaan.

Sebelum Ashina, beberapa bintang ternama Jepun seperti Haruma Miura dan Hana Kimura turut mengakhiri hidup dengan cara tr4gis membvnuh diri.

Ashina melebarkan sayap sebagai model pada usia remaja dan mula langkah ke dunia lakonan menerusi drama The Tail Of Happiness pada 2002.

Kerjayanya terus mekar selepas membintangi drama Silk yang menghimpunkan pelakon Jepun, Kanada dan Itali pada 2007. Ashina berjaya menew4skan 800 calon artis lain merebut taw4ran watak diberikan.

Sepanjang kerjaya seninya, Ashina mengisi suara untuk karakter Emily Thorne untuk drama bersiri, Revenge dalam versi Jepun pada 2011.

Ashina lahir pada 22 November 1983 di Fukushima, Jepun. – AGENSI