Lelaki kini jadi buruan m4ngsa Rog0l

Detik cemas lelaki hampir diperkosa

SEORANG lelaki berdepan detik mencem4skan apabila ditarik ke dalam kereta oleh lelaki gila s3ks yang bertind4k membuka seluar sebelum m4ngsa men3ndang kem4luan susp3k dalam kejadian di Batu 4, Gombak pada 29 Ogos lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, m4ngsa berusia 23 tahun yang berada di hadapan rumahnya didatangi jiran memberitahu ada seorang lelaki ingin bertemunya.

Menurut sumber, tanpa meng3syaki apa-apa m4ngsa pergi ke arah kereta itu sebelum tiba-tiba ditarik masuk ke dalam kenderaan terbabit.

“Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang menyedarinya sebelum susp3k bertind4k membuka seluar.

“Terk3jut dengan tind4kan lelaki itu, m4ngsa terus men3ndang kem4luannya dan melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun susp3k yang ber4ng mengejar m4ngsa dan menarik rambut serta mengh3mpas kepalanya ke dinding rumah jiran.

“Malah m4ngsa yang terbaring turut dicekik dan ditumbvk di hidung sehingga berd4rah.

“Susp3k kemudian bertind4k melarikan diri selepas kejadian itu disedari jiran. M4ngsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Dia yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tind4kan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan menerima lap0ran dan sias4tan lanjut sedang dijalankan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 5:55 PM

Oleh: Muhaamad Hafis Nawawi
Gambar: Google

#HarianMetro