Influencer bakal dipenjarakan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita membuat laporan polis hari ini, susulan d4kwaan seorang personaliti media sosial (influencer) mengh!na bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook (FB) secara langsung.

Suharnizan Md Sidek, 37, yang juga Pesuruhjaya Sumpah mend4kwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.

Katanya, ins!den yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

“Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan.

“Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya. Saya tidak mengambil apa-apa tind4kan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.

“Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain mengh!na rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini.

Suharnizan berkata, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mend4kwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan imejnya iaitu mewujudkan FB dan ‘Page’ palsu atas namanya.

“Saya mengalami tek4nan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan ganggvan emosi termasuk di tempat kerja. Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyar4nkan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pamp4san serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Katanya, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kerana ‘body shaming’ boleh did4kwa mengikut Sesyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesal4han, pelaku boleh dihvkum penj4ra tidak melebihi satu tahun, d3nda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber Bharian