Datuk Seri dan Datuk cederakan Polis

MELAKA: Polis men4han dua lelaki yang mengaku ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ di pusat hiburan di Banda Hilir, di sini dalam Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi tadi itu, individu yang berusia 27 dan 41 tahun itu tidak berpuas hati selepas polis melakukan pemeriksaan dan mereka mel4wan secara fizikal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata perg3lutan itu menyebabkan seorang anggota polis ced3ra.

Katanya, seorang daripada mereka dipercayai rakan kongsi pemilik premis terbabit.

Beliau berkata, semua suspek dit4han r3man sehari bagi membantu sias4tan mengikut Sesyen 353 Kanun Kesesaan kerana menggunakan keker4san jen4yah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Penah4nan ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ terbabit bersama dua yang lain itu dibuat selepas mereka melakukan keker4san jen4yah ke atas beberapa anggota polis yang membuat pemeriksaan di pusat hiburan berkenaan.

“Keempat-empat lelaki terbabit juga turut dikenakan kompaun di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO 8) 2020,” katanya di sini hari ini.

Afzanizar berkata, ada beberapa pelanggan di dalam dan luar premis terbabit semasa anggota polis tiba di premis terbabit.

“Dalam pemeriksaan itu juga, seramai 12 pelanggan lain, termasuk penjaga premis dikenakan kompaun.

“Premis itu mempunyai lesen perniagaan sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun melakukan kesal4han beroperasi lebih masa,” katanya.

Sumber Bharian