Bukan hak penunggang motor guna laluan kecemasan

Baca, telan dan hadam.

Sejak viral rider kena langg4r semalam, ada yg meluahkan lorong kecem4san bukan hak untuk motor . Bagi ADMIN lah dia ni sama ada tak pernah bawak motor, pandang rendah pada orang yang bawa motor, b3nci kepada motor, ataupun memang jenis penting diri sendiri. Lorong kecemasan kat lebuhraya atau bahu jalan atas jalanraya bukan laluan untuk motor itu betul, ia lorong untuk KEC3MASAN. Seperti kereta, lori dan kenderaan2 lain, motor berhak menggunakan laluan biasa, melainkan lebuhraya itu sendiri ada laluan khas untuk motor seperti di Lebuhraya Persekutuan, ya itu memang untuk motor.

Yang penunggang motor korang nampak selalu guna lorong kecemasan kat highway, itu sebab diorang terpaksa, sebab pemandu kenderaan 4 roda ni kebanyakannya bebal bila masuk highway. Kat laluan kiri sekali pun nak bawak laju dan nak memotong. Sebab tu penunggang motor terutamanya motor2 kapcai ni terpaksa guna laluan kecemasan sebab merasakan tak selamat kalau guna laluan biasa.

Motor juga ada hak untuk berada di atas jalan. Pemandu kereta bayar roadtax, penunggang motor juga bayar roadtax. Sama2 perlu guna jalan yang sama. ADMIN seorang pemandu kereta, dan kadangkala juga penunggang motor, kedua2 kenderaan ni ada hak atas jalanraya. Jangan selfish dan pandang rendah pada penunggang motor. Pemandu kereta ada keluarga, penunggang motor ni pun ada keluarga.

Tak kira ko bawak kenderaan 4 roda atau 2 roda, yang salah bukan kenderaan tu tapi orang yang bawa. Orang yang bawa kereta boleh menjadi punca kem4langan, begitu juga yang bawa motor. Bukan asal bawa kereta itu mulia, yang bawa motor itu mat rempit, itu mentaliti ayam nama dia..

P/s : Posting ni khas untuk lebuhraya yang tiada laluan khas untuk motosikal. Bagi lebuhraya yang dah ada laluan motosikal tapi bantai juga masuk laluan kereta itu tetap salah.

Kredit : Info Roadblock JPJ/POLIS