B. Sathianathan tegaskan dia bukan pondan

Direhatkan itu istilah pondan!

Itu penegasan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan terhadap persatuan yang gemar berselindung di sebalik perkataan ‘merehatkan’ apabila mahu menyingkirkan jurulatih.

Katanya, jika khidmat jurulatih tersebut tidak lagi diperlukan atas apa jua alasan, persatuan berhak menamatkan perkhidmatan mereka dengan syarat semua dibuat mengikut kontrak.

“Jangan guna rehat kerana ia adalah istilah pondan. Kalau nak singkir cakap sahaja singkir.

“Kalau nak suruh saya rehat, saya tidak boleh terima. Jika nak rehat, mereka kenalah bayar gaji,” katanya.

Kelmarin, Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) me­lakukan kejutan terbesar musim ini dengan merehatkan semua barisan kejurulatihan pasukan berkuat-kuasa serta merta meskipun saingan Liga Perdana masih berbaki empat perl@wanan.

Bagaimanapun tempoh ‘rehat’ Zahasmi Ismail selaku ketua jurulatih bersama dua penolongnya, Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali akan dimaklumkan ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Mengenai kedudukannya sendiri dalam skuad Selangor yang tidak menentu, Sathianathan menyerahkan semuanya kepada pengurusan persatuan.

Bagaimanapun kata bekas pengendali skuad kebangsaan itu, apa pun keputusan yang bakal diambil haruslah berlandaskan kepada kontrak yang ditandangani kedua-dua pihak.

“Itu terpulang kepada persatuan tetapi kalau nak ‘rehatkan’ saya, bayar gaji saya ikut kontrak dan jangan buang masa saya.

“Saya seorang yang pro­fesional. Dalam tujuh perl@wanan terakhir, hanya sekali kami kalah, jadi jangan cakap ­banyak,” katanya.

Dalam tujuh perl@wanan Liga Super musim ini, Red Giants hanya kalah sekali iaitu 1-2 kepada Pahang di Kuantan pada 29 Februari lalu.

Bagaimanapun empat keputusan seri menyebabkan anak-anak buah Sathianathan menghuni tangga keenam liga dengan 10 mata, sembilan mata ditinggalkan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor akan berdepan ujian terbesar mereka musim ini apabila bertandang ke JDT dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

sumber : UM

Sathianathan menganggap perl@wanan kelapan liga itu sebagai pertarungan amat ‘getir’.